Sunday, February 13, 2011

DinarHijjaz tawar peluang perniagaan

2011/02/14
DINARHIJJAZ kini membuka platform perniagaannya untuk disertai orang awam yang berminat dalam usaha mengembangkan industri pemakanan halal di negara ini.

Pengarah Pemasaran DinarHijjaz, Malik Shaifullizam, berkata DinarHijjaz diwujudkan oleh sebuah syarikat bersama dengan kumpulan nasyid Hijjaz pada Ogos tahun lalu. Sehingga kini memiliki hampir sepuluh produk di bawah jenama Hijjaz iaitu Hijjaz Kopi Barli, Hijjaz Power Drink, Hijjaz Women Drink, Hijjaz I, Hijjaz DeTox Patch dan Hijjaz Bio Wipes. “Terbaru, produk DinarHijjaz yang dilancarkan adalah Hijjaz DC5, produk kesihatan yang mengandungi lapan herba terpilih untuk penjagaan kesihatan lima organ penting di dalam badan manusia seperti hati, buah pinggang, usus, kandungan darah dan jantung.

“Dengan semua produk DinarHijjaz yang diyakini halal dan diformulasikan daripada herba terpilih dan adunan herba yang terbaik ini.

“Kami membuka peluang kepada masyarakat untuk mengetahui dan mempelajari teknik dan kebolehan berniaga yang bermula dari bawah seterusnya ke peringkat lebih tinggi akan tercapai," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Produk Baru Dinar-Hijjaz, Hijjaz DC5, Kota Bharu, semalam.

Katanya, untuk mengukuhkan operasi DinarHijjaz, sebuah koperasi sudah ditubuhkan untuk memantapkan cabang perniagaan sedia ada.
“Penubuhan koperasi membezakan DinarHijjaz dengan perniagaan jaringan yang lain yang peranannya terjamin kerana ia bukan berkepentingan peribadi dan ia milik bersama ahli," katanya.

Setakat ini, Malik berkata, DinarHijjaz mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat terutama di Wilayah Pantai Timur dan sejak beberapa bulan penubuhannya, DinarHijjaz telah memiliki lebih 1,000 ahli. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment