Sunday, August 15, 2010

Icapital.Biz sasar ganda nilai aset

2010/08/16
ICAPITAL.BIZ Bhd menyasar menggandakan nilai asetnya dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.

Pengarah Urusannya, Tan Teng Boo, berkata syarikat itu mencatat pertumbuhan keuntungan lebih 130 peratus sejak disenaraikan pada 2005. “Jika kami tidak menyimpang daripada pelaburan yang memiliki nilai dan melabur dalam saham berharga menarik, pulangan dalam tempoh empat hingga lima tahun adalah sangat menarik. “Selepas syarikat melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) pada 2005, kami menyasar menggandakan aset dalam tempoh empat hingga lima tahun dan kami sudah melepasi sasaran itu,” katanya.

Mengenai Hari Pelabur yang dianjurkan kumpulan itu, Tan berkata, ia diadakan bagi mendidik individu mengenai pelaburan.

“Kami menjemput syarikat yang mana kami sudah melabur, untuk memberi taklimat kepada orang awam, agar mereka boleh memahami mengenai perniagaan dan melabur secara betul,” katanya.

Beliau berkata, jika seseorang individu itu membuat pelaburan dengan betul, maka tiada alasan mengapa mereka tidak boleh meraih keuntungan daripada aktiviti itu.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei lalu, syarikat itu mencatat keuntungan sebelum cukai RM37.644 juta, meningkat daripada RM7.489 juta yang dicatat pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Pencapaian didorong peningkatan pendapatan kepada RM42.223 juta daripada RM11.414 juta. – BERNAMA

1 comment:

  1. Hovid Business Talk & Health Preview
    Ditubunkan pada tahun 1945 dan mempunyai 19 anak syarikat di seluruh dunia. Serta disenarai di BSKL dan Tabung Haji adalah pemegang saham HOVID BERHAD. http://usahawanhovid.com

    ReplyDelete