Monday, January 10, 2011

Emkay rancang projek komersial 2.5 juta persegi

Oleh Sophia Ahmad
sophia@bharian.com.my
2011/01/11


MUSTAPHA Kamal bersama Puan Sri Datin Wan Nong Wan Ibrahim selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Emkay pada pelancaran profil Yayasan Emkay ‘Building Communities, Fulfiling Dreams’ sempena Ulang Tahun ke 10 Yayasan Emkay di Menara Mustapha Kamal, Petaling Jaya, semalam.Pembangunan di Damansara, Cyberjaya tempoh 3 tahun

KUMPULAN Emkay akan melaksanakan projek pembangunan komersial dengan keluasan lantai 2.5 juta persegi dalam tempoh tiga tahun akan datang di beberapa lokasi termasuk Damansara dan Cyberjaya. Pengerusinya, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, berkata pelaksanaan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah kira-kira RM3 bilion itu adalah bukti keyakinan kumpulan berkenaan terhadap pasaran hartanah di negara ini. Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada kejayaan projek yang dilaksanakan kumpulan itu sebelum ini sejajar dengan kestabilan ekonomi.

“Dalam tempoh tiga tahun lalu, kami telah membangunkan projek komersial bernilai RM2.3 bilion membabitkan keluasan lantai 3.5 juta kaki persegi.

“Projek itu yang sudah siap dan dijual sepenuhnya akan dirasmikan bulan depan yang mana bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada da-sarnya telah bersetuju merasmikannya,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan kepada Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah, Yayasan Emkay dan Yayasan Pulau Banding di Petaling Jaya semalam.

Pada majlis itu, Kumpulan Emkay menerima sumbangan berjumlah RM2.5 juta dari beberapa syarikat korporat untuk projek penyelidikan dan pembangunan ketiga-tiga yayasan itu yang menjurus kepada pemuliharaan serta penjagaan alam sekitar di sekitar kawasan Hutan Belum.
Mustapha Kamal menjelaskan, projek komersial yang sudah disiapkan Kumpulan Emkay termasuk bangunan pertama berkonsepkan teknologi hijau di Cyberjaya yang berjaya memperoleh pengiktirafan Leadership in Energy Environment Design (LEED) GOLD yang kini disewakan kepada Shell Shared Service Centre (SSSC).

Projek lain ialah Pusat Dagangan Petaling Jaya di Damansara Perdana yang turut menempatkan bangunan Mustapha Kamal, Neo Cyber, MKN Techzone dan bangunan Mustapha Kamal di Cyberjaya serta projek bersama syarikat Setia Haruman Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment