Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my
2011/01/04
Syarikat mahu tingkat pasaran lima peratus menjelang 2015
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) pada 2011 ini akan lebih agresif meninjau pasaran luar negara untuk meningkatkan lagi eksportnya. Ia sejajar sasaran pengeluar kereta nasional kedua itu yang mahu meningkatkan jumlah eksportnya secara berperingkat kepada lima peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun, daripada hanya dua peratus ketika ini. Pengarah Urusan PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata selain negara ASEAN, pasaran lain dalam ‘radar’ PERODUA termasuk Afrika Selatan.
“Afrika Selatan antara pasaran utama sedang ditimbangkan sebagai pasaran baru PERODUA mengeksport sepenuhnya (CBU) beberapa model kenderaannya.
“Namun, terlalu awal untuk diputuskan (mengenai tempoh masa dan model sesuai dieksport) buat masa ini, kerana kami masih menjalankan kajian daya maju. Apa yang saya boleh katakan, potensi PERODUA mengeksport kenderaannya ke Afrika Selatan memang ada,” katanya ketika dihubungi di Afrika Selatan, semalam.
Aminar Rashid yang sedang bercuti di negara itu mengambil kesempatan membuat tinjauan bagi memperoleh gambaran sebenar potensi industri automotifnya selain mengenal pasti wakil penjual dan pengedar berpotensi.
Difahamkan, selain Afrika Selatan, PERODUA turut menjalankan kajian daya maju untuk memasuki pasaran Thailand, India dan Pakistan, bagi mengambil peluang pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) sepenuhnya.
Sebelum ini Perodua mengeksport kenderaannya ke 20 negara dan sejak 1996 dan sehingga 2009, ia mengeksport 26,195 unit kenderaan.
Antara pasaran eksportnya termasuk Brunei, Fiji, Mauritius, Nepal, Singapura, Sri Lanka dan United Kingdom.
Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, PERODUA merasionalisasi pasaran eksport dengan menumpukan kepada tujuh negara iaitu United Kingdom, Singapura, Sri Lanka, Brunei, Mauritius, Nepal dan Fiji berikutan permintaan kenderaan kompak tinggi
Monday, January 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment