Sunday, January 9, 2011

Harvey Norman sasar buka 20

2011/01/10
HARVEY Norman, kumpulan peruncitan perkakasan elektrik dan perabot yang berpangkalan di Australia, menyasar membuka 20 lagi cawangan di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang dengan nilai pelaburan mencecah RM150 juta.

Pengarah Urusannya, Angelo Augustus, berkata tahun ini syarikat itu akan membuka empat cawangan baru yang keseluruhannya bernilai RM20 juta, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan cawangannya meningkat kepada 10 buah di seluruh negara. Katanya, langkah itu dibuat susulan persekitaran ekonomi yang semakin baik justeru meningkatkan keyakinan pihaknya terhadap ekonomi domestik khususnya dalam bidang peruncitan alat kelengkapan rumah. “Dua cawangan di Lembah Klang iaitu di Mont Kiara dan Citra Mall, Ara Damansara masing-masing akan dibuka pada bulan ini dan Mac depan, manakala dua lagi iaitu di Setia Mall, Shah Alam dan The Paradigm, Kelana Jaya akan dibuka pada tempoh seterusnya dalam tahun ini,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Pesta Tilam Barangan Jenama Antarabangsa Malaysia Ke-7 anjuran Harvey Norman di Ikano Power Centre, Petaling Jaya, semalam.

Pesta tilam dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengenai pesta tilam yang berakhir 16 Januari ini, Augustus berkata, ia turut disertai empat jenama tilam antarabangsa iaitu Napure, Englander, Spring Air dan Eclipse.

Pada majlis itu, Harvey Norman turut memperkenalkan rangkaian pelapik tilam evolusi baru dikenali Texicote dan jenama tilam baru keluaran tempatan, Intellisleep yang mampu dimiliki untuk keluarga berpendapatan sederhana.
“Pelapik tilam berteknologi tinggi dikenali sebgai Texicote ini adalah kalis air, berliang rongga dengan ciri penyerapan serta menawarkan perlindungan menyeluruh bagi tilam baru.

“Sementara itu, Intellisleep pula unik dengan kecanggihan bahan anjal visco dengan daya serapan tinggi kerana mempunyai keupayaan untuk melegakan sakit badan dan belakang,” katanya

No comments:

Post a Comment