Tuesday, January 4, 2011

QSR rancang buka 20 cawangan baru Pizza Hut

2011/01/05
QSR Brands Bhd bercadang untuk membuka 20 cawangan baru rangkaian restoran Pizza Hut dengan anggaran nilai pelaburan mencecah RM18 juta.

Pengurus Besar Kanannya, Ling Mee Jiuan, berkata cawangan baru yang akan dibangunkan di seluruh negara itu adalah antara usaha kumpulan berkenaan untuk mengembangkan lagi operasinya pada tahun semasa. “Kita menganggarkan kos penubuhan setiap cawangan adalah antara RM800,000 hingga RM900,000,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kempen dan tema baru Pizza Hut, ‘There's beauty in getting together’, di Kuala Lumpur, semalam. Beliau berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 220 cawangan Pizza Hut di dalam negara yang mana setiap cawangan restoran makanan segera terbabit menawarkan perkhidmatan antaranya hidangan makanan, penghantaran dan pesanan dalam talian.

Untuk kempen baru itu, Mee Jiuan berkata, syarikat berhasrat untuk menjadikan restoran itu sebagai tempat tarikan utama untuk acara perhimpunan keluarga dan sosial.

Bagi mencapai hasrat itu, katanya, QSR Brands sudah membelanjakan lebih daripada RM2 juta untuk pengiklanan dan promosi kempen, termasuk pengiklanan di media massa seperti televisyen, radio dan akhbar.

Sementara itu, QSR Brands akan melancarkan kempen baru bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina bulan depan.
QSR Brands adalah francaisi untuk rangkaian Pizza Hut di Malaysia dan Singapura. Syarikat setakat ini, mempunyai lebih daripada 260 cawangan di kedua-dua negara

No comments:

Post a Comment