Monday, February 8, 2010

KFCH rancang buka 5 restoran Rasamas

Jamaludin Md. Ali ( kiri sekali ) bersama Pengurus Besar Ayamas Food Corporation, Rafiq Moosa ( kanan sekali ) menunjukkan Ayam Hainan Rasamas pada pelancaran Rasamas Ayam Hainan di Petaling Jaya, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



PETALING JAYA 8 Feb 2010 - Franchisi Rasamas, KFC Holdings (Malaysia) Bhd. (KFCH), akan membuka lima restoran baharu tahun ini, kata Pengarah Urusannya Jamaluddin Md Ali.

Pembukaan restoran yang mengkhususkan sajian ayam itu dijangka menelan kos RM3 juta. Ketika ini KFC mempunyai 43 restoran Rasamas termasuk tiga di Brunei.

Kos bagi setiap restoran tersebut dijangkakan kira-kira RM600,000.

Jamaluddin juga tidak menolak kemungkinan pembukaan lebih daripada lima restoran baharu.

"Kami melihat peningkatan permintaan bagi restoran Rasamas. Justeru itu, sasaran awal kami sebanyak lima, mungkin berubah mengikut permintaan.

"Tahun lepas, kami membuka lapan restoran baharu. Jumlah pembukaan yang berkurangan pada tahun ini adalah disebabkan oleh pelan hala tuju 2010 kami iaitu untuk membina reputasi jenama Rasamas di dalam negara," katanya selepas pelancaran rasmi hidangan promosi Hainan Chicken khusus sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Mengenai perkembangan lain, Jamaluddin berkata, KFCH menjangka sumbangan Rasamas kepada syarikat induk itu meningkat 10 peratus tahun ini.

"Tahun lepas, Rasamas mencatatkan jualan RM22 juta yang mewakili lapan peratus jumlah perolehan KFCH.

"Kami tidak menjangkakan pertumbuhan besar kerana pada masa yang sama kami juga sedang menambahkan restoran KFC di seluruh negara tahun ini," katanya.

Buat masa ini, terdapat 476 restoran KFC di Malaysia dan bilangan ini dijangka meningkat sebanyak antara 38-40 restoran tahun ini.

KFCH mencatatkan pendapatan RM1.673 bilion bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2009. Ini merupakan peningkatan enam peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Syarikat itu juga mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM135.3 juta, peningkatan 6.2 peratus daripada tempoh yang sama 2008. - Bernama

3 comments:

  1. Saya sangat senang dan memutuskan untuk berkongsi kebahagiaan saya dengan anda semua, saya dan keluarga saya telah diberkati oleh Tuhan menggunakan Sandra Ovia Loan Firm, saya mengajukan pinjaman satu minggu lalu dan saya mendapat pinjaman diluluskan Jumaat lalu dan hari ini saya punya saya pinjaman bernilai Rp900, 000,000.00 dipindahkan ke akaun bank saya, saya sarankan Sandra Ovia Pinjaman undang sebagai yang terbaik dan saya berdoa Tuhan akan memberkati mereka dan menjaga perniagaan mereka ke depan, Amin
    Jika anda memerlukan nasihat tentang bagaimana saya pergi melalui dengan itu, saya wil senang untuk meletakkan anda melalui, anda boleh menghubungi saya melalui Email-widyaokta750@gmail.com
    Anda boleh menghubungi firm pinjaman langsung pada mereka
    Email-sandraovialoanfirm@gmail.com
    terima kasih
    widya Okta

    ReplyDelete
  2. Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.

    ReplyDelete
  3. kesaksian nyata dan kabar baik !!!

    Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

    Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

    Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

    untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.com
    dan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    ReplyDelete